'Ramai rakyat sudah beratur di pusat khidmat mohon bantuan'

Iklan
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof

SHAH ALAM - Kerajaan digesa menyegerakan peruntukan bantuan bakul makanan sebanyak RM300,000 kepada semua ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mendakwa, ramai rakyat sudah beratur di pusat khidmatnya bagi mendapatkan bantuan.

Iklan
Iklan

Mujahid berkongsi perkara itu melalui satu hantaran di Facebooknya pada Selasa yang memaklumkan beliau sudah menghubungi unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (UPP) di Ipoh namun diberitahu tiada sebarang arahan mengenai peruntukan tersebut.

"Sebelum ini kami setiap hari akan turun menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terkesan di Parit Buntar.

Iklan

"Kami usaha sendiri cari dana sumbangan untuk penduduk yang terkesan.

"Semoga pihak kerajaan menyalurkan segera bantuan yang dijanjikan melalui Ahli Parlimen," katanya di media sosial itu.

Iklan

Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan satu pakej bantuan bernilai RM150 bilion bertujuan membantu rakyat yang berhadapan kesusahan ketika pandemik Covid-19.

Antara bantuan yang diberikan di bawah pakej tersebut ialah peruntukan bakul makanan sebanyak RM300,000 kepada semua ahli Parlimen.