Lebih banyak syarikat potong 50 peratus gaji pekerja jika PKP lanjut

Iklan
Shamsuddin Bardan

SHAH ALAM - Lebih banyak syarikat akan melakukan pemotongan gaji sehingga 50 peratus terhadap pekerja mereka sekiranya Sekatan Pergerakan Penuh diteruskan sehingga satu tempoh yang lama.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, ini kerana banyak syarikat yang telah terjejas dan terpaksa melakukan pemotongan gaji pekerja.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemotongan gaji tersebut perlu mendapat persetujuan daripada pekerja dan memaklumkan kepada pejabat buruh terlebih dahulu.

"Syarikat terpaksa untuk mengurangkan kos dengan melakukan potongan gaji kepada pekerjanya jika bersetuju.

Iklan

"Pekerja juga harus ingat bahawa kalau syarikat tidak dibantu untuk mengurangkan kos dalam masa mencabari ni, syarikat berkemungkinan besar terpaksa membuang pekerja.

"Jadi, adalah lebih elok saya rasa syarikat dibantu untuk mengurangkan kos supaya dapat bertahan dalam masa sukar sekarang ini dan pekerja masih ada pekerjaan. Jika ekonomi pulih semula, syarikat boleh bayar gaji yang asal,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Jelas Shamsuddin, terdapat banyak syarikat terutama daripada sektor pelancongan telah melakukan pemotongan gaji untuk bertahan daripada ditutup.

Menurutnya, potongan gaji itu perlu dilakukan secara flesibel dengan tidak membuat potongan yang sama kepada semua pekerja.

"Majikan perlu melihat setiap pekerja dengan masalah mereka dan tidak menggunakan formula untuk potong gaji kepada semua pekerja. Ada pekerja yang potong 30 peratus. Ada yang 10 peratus.

"Majikan perlu melihat kepada keperluan pekerja. Jangan potong sama rata,” ujarnya.