Mari turunkan bendera putih

Iklan
Gambar hiasan -Foto 123rf

DI zaman mudanya, abang saya Sulieman adalah seorang yang suka mandi laut di pantai Mersing. Dia juga suka mencari kepah dan ketam di pantai ketika air surut. Pada suatu malam, abang saya pulang dengan tangan kosong. Wajahnya pula kelihatan cemas.

Bila mak tanya, katanya kerana terlalu asyik menangkap ketam yang banyak, dia tak sedar yang langkahnya jauh menghampiri Pulau Setindan yang jaraknya dua kilometer dari pantai. Air laut pula sedang pasang.

Iklan
Iklan

Sebaik sahaja dia sedar, abang saya lekas-lekas meranduk air untuk pulang. Ketam yang ada di dalam karung, dibuangnya. Dia bimbang dikepung air pasang lalu dibawa arus. Abang saya sebenarnya berada di dalam situasi asyik hingga tidak sedar akan perubahan yang berlaku di sekelilingnya.

Dalam suasana harian, apa sahaja perubahan besar yang terjadi mudah sekali kita sedari. Namun sebaliknya jika perubahan itu berlaku secara perlahan-lahan kerana kita tidak sedar bila perubahan itu menyelinap lalu mengubah cara hidup kita secara total.

Iklan

Akhir-akhir ini banyak sekali hal-hal sosio-ekonomi yang tidak biasa sudah menjadi biasa. Agen perubahan kepada semua perubahan ini berpunca dari pandemik Covid-19. Pandemik ini telah memaksa kita mengamalkan norma baharu kehidupan iaitu melakukan penjarakkan fizikal satu meter, sentiasa memakai pelitup muka bila keluar rumah dan kerap membasuh tangan.

Kita juga tidak digalakkan bersalam-salaman apatah lagi berpelukan, bergerak dalam kawasan di sekitar 10 kilometer di kawasan kediaman, tidak boleh merentas daerah apatah lagi merentas negeri. Beratur di tempat awam sudah menjadi normal. Dan, tidak berjemaah di masjid pun tidak jadikan kita rasa bersalah.

Iklan

Kini kesemua kehidupan kita dengan normal baharu sudah menjadi normal. Namun, sebaik sahaja kita sudah settle down dengan kehidupan di era pandemik ini, satu persatu normal-normal baharu yang baharu mula menjelma, Semua ini turut mengubah sama sekali persepsi kita tentang kehidupan.

Sebelum ini kita biasa terbaca tentang seseorang penghidap Covid-19 ialah dari kalangan mereka yang tidak kita kenali. Namun akhir-akhir ini, penghidap Covid-19 adalah mereka yang kita tahu; jiran, kawan sekolah mahu pun rakan sekerja. Begitu juga akhir-akhir ini orang yang meninggal dunia adalah orang yang hampir dengan kita. Jiran kita, kawan-kawan kita, bekas teman sekolah, kawan sekampus dan saudara di kampung. Bagaimana pula dengan kemiskinan sampai tak makan? Jika sebelum ini kisah kemiskinan dan kelaparan manusia itu ditonton di kaca televisyen atau ditatap di dada akhbar, kini mereka yang jatuh miskin itu adalah mereka yang kita kenali atau mereka di sekeliling kita.

Secara perlahan-lahan, semua keadaan ini kian menyelinap menghampiri perimeter kehidupan kita. Semakin banyak kisah-kisah malang kian berlaku di sekeliling kita, tidakkah mustahil akan tiba masanya kita pula menjadi di antara mereka yang malang itu?

Nauzubillah. Mari kita pinta ia dijauhkan daripada kita. Caranya ialah dengan segera kembali dan bersujud kepada Yang Maha Perkasa, yang akan memberi kita kekuatan untuk melawan segala gejala buruk yang bakal menimpa. Mari kita pastikan semua bendera putih yang berkibar di sekeliling kita cepat-cepat diturunkan.

Tentulah dengan cara memberi, memberi dan memberi mereka yang memerlukan, selagi ada. Dalam keadaan sekarang ini, nilai matawang yang kian susut nilai harus ditukar menjadi matawang akhirat yang nilainya pasti berganda.

* Norden Mohamed ialah mantan Ketua Pengarang Sinar Harian