Belgium tidak akan ‘bertahan’ berdepan Itali

Iklan
Pemain Belgium meraikan kemaraan ke suku akhir Euro 2020 bersama penyokong

PENGENDALI Belgium, Roberto Martinez menegaskan tidak ada istilah bertahan atau ‘parkir bas’ bakal dipraktikkan skuad kendaliannya itu bagi berdepan Itali pada aksi suku akhir Euro 2020 di Allianz Arena, Sabtu ini.

Malah menurutnya, skuad The Red Devils itu akan mempamerkan aksi menyerang pada perlawanan berkenaan dalam usaha melakar kemenangan ke atas skuad Azzurri itu bagi menempah slot ke separuh akhir kali ini.

Iklan
Iklan

"Berdepan Itali adalah perlawanan berbeza kerana mereka adalah pasukan yang sungguh dinamik dan mengamalkan aksi menyerang di sepanjang perlawanan.

"Bagaimanapun DNA kami tidak akan berubah kerana kami adalah pasukan yang sentiasa ingin menguasai bola menerusi aksi menyerang daripada pemain-pemain sedia ada bagi memenangi perlawanan.

Iklan

"Yang pasti, pemain tidak akan hanya bertahan dan melakukan serangan balas kerana kami mahu terus menguasai perlawanan sehingga ke wisel penamat,” katanya.

Martinez

Belgium yang juga juara Kumpulan B pada edisi Euro kali ini, mara ke suku akhir setelah berhempas pulas menyingkirkan juara bertahan, Portugal 1-0, pada aksi kalah mati 28 Ahad lalu.

Iklan

Sementara itu Martinez juga tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa dia juga adalah salah seorang peminat skuad Itali sejak sekian lama.

Katanya, dia meminati pasukan berkenaan kerana baginya Itali dilihat sebagai pasukan yang baik dan sering menghasilkan kejayaan sejak dahulu.

"Bagi saya, Itali adalah pasukan yang bagus. Sejak dahulu lagi. Ketika ini juga mereka tidak pernah tewas dalam 31 perlawanan.

"Mereka (Itali), tidak adakan berada dalam situasi sedemikian, melainkan mereka adalah pasukan yang benar-benar bagus.

"Justeru inilah cabaran yang perlu kami hadapi. Namun, kami telah buktikannya ketika menewaskan Portugal dan ini membuktikan kami mampu berdepan sesiapa sahaja,” katanya.