Penyatuan ummah fokus utama UMNO-Pas

Iklan
Mohamad ditemui selepas program Sepetang bersama pengundi Sungai Jai di Kampung Sungai Jai hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan selepas PRK DUN Semenyih nanti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, adalah lebih afdal bagi kedua-dua parti menjalinkan kerjasama secara formal bagi menjayakan agenda tersebut.

"Kerjasama antara UMNO dan Pas sekarang ini secara tidak formal, tapi di peringkat tertinggi kedua-dua parti kita bersetuju untuk jalin kerjasama secara formal (jawatankuasa).

Iklan

"Kita bersetuju untuk mengadakan rundingan dan kerjasama diperingkat pusat selepas tamat PRK Semenyih ini.

"UMNO akan dipengerusikan oleh saya sendiri, manakala Pas oleh Timbalan Presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di Kampung Sungai Jai, di sini, petang tadi.

Iklan

Begitu pun, Mohamad tidak menyatakan jumlah wakil UMNO yang akan terlibat dalam jawatankuasa berkenaan.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Pas dan UMNO akan menubuhkan jawatankuasa bersama melibatkan pemimpin kedua-dua parti selepas selesai PRK DUN Semenyih.

Menurutnya, mereka akan pastikan Pas-UMNO membentuk blok pembangkang yang kuat untuk menumbangkan PH dalam PRU15.

Tambah beliau, kedua-dua parti itu juga akan memastikan tiada lagi pertembungan tiga penjuru yang tidak menguntungkan Islam selepas ini.