Bersatu kesal Najib pertikai usaha turunkan harga tol

Iklan
Akhramsyah Muammar

SHAH ALAM - Bersatu kesal tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertikaikan usaha untuk menurunkan harga tol di beberapa lebuhraya sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata, Najib yang kini ingin memaparkan dirinya sebagai jaguh rakyat seharusnya gembira dengan sebarang pengumuman tentang penunaian janji manifesto PH untuk meringankan beban rakyat.

Iklan
Iklan

"Najib sebagai bekas Perdana Menteri yang meninggalkan beban hutang negara yang terbesar dalam sejarah sejak Malaysia merdeka lagi, semestinya beliau sendiri menyedari kesukaran sekali gus pasti kagum akan kebolehan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melunaskan janji penghapusan tol ini," katanya.

Akhramsyah Muammar Ubaidah berkata, pengumuman yang dilakukan oleh kerajaan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya hanya ketika PRK DUN Semenyih sedang diadakan.

Iklan

"Memandangkan negara dilanda rentetan PRK sejak PRK DUN Sungai Kandis pada Ogos tahun lepas, tidak mungkin inisiatif pemansuhan tol seperti ini dapat diumumkan tanpa ia berlaku pada tempoh menjelang suatu PRK.

"Adakah Najib merasakan kerajaan PH terpaksa menunggu masa di luar tempoh mana-mana PRK sebelum menunaikan apa-apa janji manifesto Buku Harapan?," soal beliau.

Iklan

Sehubungan itu, beliau mendesak agar Najib memohon maaf atas keterlanjurannya mengkritik sesudah maklumat usaha terkini pemansuhan tol diperincikan Pejabat Perdana Menteri yang ternyata memanfaatkan jutaan masyarakat dan bukan sekadar pengundi Semenyih.