'Kejayaan Switzerland atasi Perancis, ibarat pindahkan gunung'

Iklan
Roger Federer.

PEMAIN tenis Switzerland, Roger Federer menyifatkan kejayaan negara itu menyingkirkan juara dunia Perancis dalam saingan Euro 2020 membuktikan pasukan bukan pilihan mampu pergi lebih jauh pada kejohanan berkenaan.

Menurut Federer, kejayaan mengejutkan Les Bleus yang dibarisi dalam kalangan pemain bertaraf bintang dunia secara tidak langsung menjadi motivasi untuk perlawanan pusingan lapan terbaik.

Iklan
Iklan

"Ini adalah hari bola sepak yang hebat secara keseluruhan hanya dari segi kualiti perlawanan.

"Saya percaya pemain-pemain Switzerland telah bertarung dengan sangat baik. Dengan keadaan ketinggalan 1-0, penalti hilang, maka semuanya berubah dalam setengah jam. Akan sangat mudah untuk melepaskannya.

Iklan

"Saya benar-benar bangga dengan cara mereka bertarung. Itu hanya menunjukkan Sukan khususnya bola sepak, ketika pasukan bermain bersama, benar-benar percaya, bahawa anda dapat memindahkan gunung," kata Federer yang berasal dari Basel mengenai kemenangan penalti Switzerland selepas perlawanan berakhir dengan keputusan 3-3.

Dalam pada itu, Federer turut bersimpati dengan penyerang Perancis, Kylian Mbappe, yang gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Iklan

"Penentuan sepakan penalti sebenarnya sangat kejam. Saya berasa simpati untuk pasukan dan pemain Perancis kerana saya sangat suka menonton perlawanan mereka.

"Sekarang saya berharap yang terbaik untuk Switzerland. Saya harap kita dapat mengekalkan rentak sama untuk perlawanan seterusnya, tidak terlalu merayakannya sebaliknya naik ke tahap seterusnya. Itu akan menjadi bersejarah bagi kita pada pertandingan besar seperti ini untuk memasuki separuh akhir," katanya.