Tiada perhimpunan Black Democracy di Sabah

Iklan
Pasukan PORU turut bersedia di sekitar Padang Bandaran.

KOTA KINABALU - Tiada sebarang perhimpunan haram Black Democracy diadakan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

Tinjauan di beberapa lokasi termasuk kawasan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Padang Merdeka dan laluan masuk Istana Negeri dalam keadaan tenang tanpa sebarang perhimpunan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pasukan polis dilihat mengambil tindakan awal dengan melakukan kawalan ketat di beberapa lokasi dan laluan utama yang mungkin dijadikan sebagai tempat perhimpunan.

Penugasan pasukan polis membabitkan lebih 100 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang turut dibantu Polis Kontinjen Sabah dilihat memulakan tugas seawal jam 6 pagi.

Iklan

Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 juga turut dilihat berada di Padang Merdeka sebagai persediaan mencegah sebarang kejadian rusuhan.

Anggota dan pegawai polis membuat pemantauan di bangunan KWSP Kota Kinabalu.

Selain itu, Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah juga dilihat bersedia melaksanakan pemantauan dari udara sebagai langkah mengesan pergerakan mencurigakan dari semua aspek.

Iklan

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi dua minit 40 saat dengan seorang individu memakai topeng muka mengajak seluruh rakyat berkumpul di beberapa lokasi bagi membantah pelaksanaan 'lockdown' dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, dalam sidang akhbar pada Khamis, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan.

Katanya, mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan itu boleh dikenakan tindakan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).