KPDNHEP, PGA selamatkan hampir 2 tan minyak masak cuba diseludup

Iklan
KPDNHEP Kelantan dan PGA Batalion 7 Kuantan berjaya menyelamatkan 1.989 tan minyak masak peket bersubsidi negara daripada lolos ke Thailand dalam dua serbuan berasingan di Tumpat dan Rantau Panjang pada Selasa.

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan berjaya menyelamatkan 1.989 tan minyak masak peket bersubsidi daripada lolos ke Thailand dalam serbuan di Tumpat serta Rantau Panjang pada Selasa.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, nilai subsidi negara yang berjaya diselamatkan menerusi dua serbuan itu berjumlah RM4,972.50.

Iklan
Iklan

"Dalam operasi pertama, sepasukan anggota dari KPDNHEP dan PGA Batalion 7 Kuantan melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Bunohan, Tumpat.

"Serbuan pada jam 12.30 tengah hari itu membawa kepada penemuan 29 kotak minyak masak bersubsidi dianggarkan seberat 493 kg.

Iklan

Seorang wanita tempatan berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung rampasan bahan mentah itu." katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Azanizam Affendi, dalam serbuan kedua hari yang sama pada jam 7 malam, sepasukan anggota KPDNHEP Kelantan dan PGA turut mematahkan cubaan menyeludup minyak masak seberat 1,496 kg selepas pasukan berkenaan menahan sebuah pacuan empat roda di Rantau Panjang.

Iklan

"Sejurus menyedari diekori, pemandu pacuan empat roda itu memecut dengan laju. Bagaimanapun, suspek meninggalkan kenderaan tersebut dan melarikan diri ke sawah berhampiran Kampung Pohon Tanjung.

"Pemeriksaan ke atas pacuan empat roda berkenaan membawa kepada penemuan minyak masak bersudsidi tersebut," katanya.