Libatkan JPKK, JPKKP agih bantuan bakul makanan: PNBBC

Iklan
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim

SHAH ALAM - Majlis Backbenchers Perikatan Nasional (PNBBC) mencadangkan penglibatan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bagi mengagihkan bantuan bakul makanan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pemberian dan pengagihan bantuan bakul makanan lebih efisien disebabkan mereka merupakan unit pelaksana dasar kerajaan di peringkat akar umbi yang hampir dengan rakyat.

Iklan
Iklan

Tambah beliau, kebajikan rakyat yang terkesan disebabkan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan terus dibela dengan mengetepikan perbezaan fahaman politik.

"Harus diketahui usaha dilakukan kerajaan ini merupakan satu usaha berterusan yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk disalurkan kepada rakyat melalui Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Iklan

"Seperti dilaksanakan di negeri Perlis dan pada ketika ini, ia akan dilaksanakan pula menerusi ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Isnin, kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing.

Iklan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya sedar bahawa barangan keperluan asas penting kepada golongan memerlukan.

Kata Shahidan, bantuan disalurkan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh pandemik Covid-19.