PELAKON Tiz Zaqyah meluahkan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab sebuah produksi yang menangguhkan bayaran kepada pekerja.
Meski Tiz yang juga pelakon Isteri Bukan Untuk Disewa ini tidak menyebutkan secara terperinci, namun difahamkan ia mempunyai kaitan dengan produksi yang melibatkan kerja lakonannya.
Iklan
Iklan
Kesal dengan apa yang berlaku Tiz telah menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada produksi terbabit menerusi posting di laman Twitter miliknya.
"Tak fahamlah production yang janji pasal payment. Kalau tak ada duit, ada masalah bagitahu. Bukan buat semua orang menunggu. Tak kasihan ke orang kerja 8 pagi ke 8 pagi,” soal Tiz kesal.
Perkongsian yang dilakukan Tiz turut mendapat perhatian para peminat dan rakan-rakan artis yang memberikan sokongan kepadanya, selain memintanya bersabar.
Menurut Tiz lagi, sudah dua kali dia berdepan situasi yang sama dan berharap kali ini pihak terbabit menjelaskan apa masalah sebenar mereka sehingga bertindak sebegitu terhadap mereka yang terlibat.