#rutinharianchallenge atau buka pekung sendiri?

Iklan
Antara keratan video cabaran #rutinharianchallenge dipercayai dihasilkan oleh pelajar untuk tugasan sekolah mereka yang tular di media sosial.

"TAPI, jika saudara saudari masih bergerak ke sana, ke sini, ke sana, ke sini...” Bait-bait ucapan ini masih terngiang-ngiang dalam fikiran Merak Jalanan setiap kali membaca laporan harian kes baharu positif Covid-19 di negara ini.

Masakan tidak, petikan ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat pertama kali pada 18 Mac tahun lalu dijadikan lagu remix yang menghiburkan oleh netizen.Sepanjang tempoh PKP yang kini masuk pusingan ketiga, Merak Jalanan dapati banyak laman dan video menjadi trending hasil kreativiti rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

Laman seperti Masak Apa Tak Jadi Hari Ini; Suami Masak Apa Hari Ini; dan Kucing Sepahkan Apa Hari Ini berjaya menghiburkan rakyat yang terkurung di rumah. Terbaharu, idea kreatif video cabaran #rutinharianchallenge pula muncul.

Mengikut pemerhatian Merak Jalanan, video ini pada peringkat awal seolah-olah dihasilkan oleh pelajar untuk tugasan sekolah mereka.

Iklan

Namun, pengisian video ini benar-benar mengundang gelak tawa dan mencuit hati. Aksi mereka merakam video bersama ibu bapa dengan susunan skrip rekaan sendiri amat melucukan.

Antara skrip wajib ialah mereka perlu menyenaraikan secara terperinci setiap aktiviti seawal jam 5 pagi seperti solat, mengaji, buat sarapan, joging dan banyak lagi sambil diperhatikan ibu ayah di sisi.

Iklan

Merak Jalanan yang tidak mengenali pembikin video itu juga boleh ketawa berdekah-dekah melihat ‘pengakuan murni’ mereka. Video cabaran itu semakin hari semakin berkembang apabila ada pasangan suami isteri pula turut membuat video sama.

Kadang-kadang Merak Jalanan terfikir, siapalah begitu kreatif menghasilkan pengisian menarik itu? Apa pun, Merak Jalanan berharap dalam kita cuba berhibur, jangan sampai kita membuka pekung di dada di media sosial yang terdedah kepada fitnah dan adu domba. Berhiburlah asalkan tidak melanggar adab dan susila sesama kita.