Dulu jual sate di pasar malam, kini niaga di depan rumah

Iklan
Norhidayah bersama anak saudaranya, Mohd Asri Irfan kini menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan kerana PKP 3.0.

TEMERLOH - Seorang peniaga sate di pasar malam kini terpaksa berniaga di depan rumah sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula sejak 1 Jun lalu.

Norhidayah Jantan, 33, dari Kampung Batu Kapor di sini memilih meniaga pelbagai jenis makanan antaranya kuih-muih, laksa dan pelbagai jenis minuman di depan rumahnya sepanjang tempoh PKP 3.0.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perubahan itu berikutan pasar malam antara premis yang tidak dibenarkan sepanjang tempoh tersebut.

"Memang agak sukar sepanjang tempoh PKP kali ini dan saya terpaksa memilih untuk berniaga di depan rumah buat masa ini.

Iklan

"Ia untuk menampung perbelanjaan keluarga walaupun mungkin pendapatan tidak sebanyak seperti menjual sate sebelum ini," katanya pada Sinar Harian pada Rabu.

Ujarnya, sambutan setakat ini positif namun akui sedikit terjejas selepas lima taman berhampiran di kampung itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 22 Jun lalu.

Iklan
Norhidayah

"Sebab ada pelanggan datang dari taman-taman berhampiran tapi saya akur dan mengharapkan situasi pandemik ini kembali pulih.

"Mungkin jika ada kesempatan, saya akan teruskan operasi gerai ini selain berniaga di pasar-pasar malam apabila dibenarkan kembali beroperasi nanti," jelasnya.

Sementara itu anak saudaranya, Mohd Asri Irfan Mohd Hanis, 18, dia kini membantu Norhidayah selepas tidak dapat meneruskan kerjayanya sebagai pembantu kedai di sebuah premis vape di sini.

"Dulu saya bekerja di kedai itu dengan pendapatan RM1,300 sebulan tapi bila PKP 3.0 bermula segalanya berubah.

"Nak teruskan hidup dan kita pun tidak tahu bila pandemik ini akan reda dan pulih," tambahnya lagi yang turut bertindak selaku runner gerai itu menghantar tempahan makanan oleh pelanggan.