Perancang perang Iraq, Afghanistan meninggal dunia

Iklan
Gambar fail Donald Rumsfeld. - Foto AFP

WASHINGTON - Bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Donald Rumsfeld yang pernah terlibat dalam perancangan ketenteraan Amerika syarikat (AS) dalam perang di Iraq dan Afghanistan meninggal dunia, kata keluarganya pada Rabu.

Rumsfeld yang berusia 88 tahun dan berkhidmat ketika pemerintahan Presiden AS ke-43, George W Bush meninggal dunia di rumahnya, di Taos, New Mexico, menurut satu kenyataan daripada keluarganya.

Iklan
Iklan

Punca kematian Rumsfeld tidak didedahkan.

Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Pertahanan AS dari tahun 2001 hingga 2006 dan ketika memegang jawatan itu, hampir 3,000 penduduk di negara tersebut mati akibat serangan 'pengganas' pada 11 September 2001 di New York serta Pentagon di Arlington County, Virginia.

Iklan

Bekas Setiausaha Negara itu juga terlibat dalam perancangan AS untuk menyerang kumpulan Al-Qaeda apabila negaranya menyerang Afghanistan pada Disember 2001 bagi memburu anggota-anggota kumpulan Al-Qaeda.

Rumsfeld juga terlibat dalam perancangan AS menyerang Iraq pada tahun 2003 walaupun ketiadaan bukti bahawa Baghdad memiliki senjata permusnah besar-besaran.

Iklan

Pada 20 Mac 2003, tentera AS dengan kekuatan kurang 100,000 anggota menyerang Iraq sehingga rejim Presiden Saddam Hussein yang memerintah ketika itu tumbang.

Beliau menjadi Setiausaha Pertahanan negara itu sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1975 dan 2001.

Ketika memegang jawatan itu buat pertama kali pada tahun 1975, umurnya ialah 43 tahun dan merupakan warga AS paling muda memegang jawatan itu. - Agensi