Sidang Khas DUN: Kerajaan Pulau Pinang tunggu perkenan Agong

Iklan
Chow Kon Yeow

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengadakan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum 1 Ogos ini di bawah peruntukan Ordinan Darurat.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan membuat keputusan akhir pada mesyuarat akan datang berhubung perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Selepas memperoleh perkenan, kita akan membuat keputusan berdasarkan beberapa pilihan antaranya mengadakan Sidang Khas DUN sebelum 1 Ogos atau mengadakan Sidang Khas DUN pada Ogos apabila Ordinan Darurat ditamatkan (tanpa memerlukan notis 28 hari).

"Selain itu, Sidang DUN Pulau Pinang akan diadakan dengan pembukaan rasmi oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada bulan Ogos atau September ini tertakluk kepada notis 28 hari," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya, kerajaan negeri akan mengikuti perkembangan terkini dan akan buat keputusan sewajarnya.

Jun lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menolak permohonan Pulau Pinang untuk mengadakan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Pulau Pinang Ke-14 dalam tempoh Ordinan Darurat yang sedang berkuat kuasa.

Iklan

Menurut MKN, Mesyuarat DUN Pulau Pinang tidak sesuai diadakan buat masa ini memandangkan bilangan kes Covid-19 di seluruh negara masih ditahap membimbangkan.

MKN juga memberi alasan kes Covid-19 yang tinggi pada masa ini telah menimbulkan kebimbangan dan sebarang aktiviti berbentuk perhimpunan dengan melibatkan perkumpulan individu yang ramai perlu dielakkan.

Pandangan itu dinyatakan dalam satu maklum balas selepas Kerajaan Pulau Pinang membuat permohonan secara bertulis pada 23 April lalu kepada Ketua Pengarah MKN dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk tujuan tersebut.