Op Kontraban berjaya berkas dalang Geng Jimmy

Iklan
Muhammad

KUALA LUMPUR - Dalang Geng Jimmy telah diberkas polis di Klang, Selangor pada 21 Jun lalu, menerusi Op Kontraban.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, tangkapan itu dilakukan oleh sepasukan anggota Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.

Iklan
Iklan

"Untuk pengetahuan, dalang Geng Jimmy telah ditahan oleh Bukit Aman. Nama sindiket seperti Geng Ben dan Geng Jimmy memang pernah timbul," katanya dalam sidang akhbar di Briged Tengah PGA di sini pada Khamis ketika ditanya bagi mengulas laporan khas Sinar Harian.

Tambah beliau, Briged Tengah PGA akan terus berusaha mengesan dan mengumpul maklumat dalam menumpaskan rangkaian sindiket.

Iklan

Dalam laporan khas Sinar Harian itu, Geng Jimmy aktif dalam kes penyeludupan rokok di beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia.

Pada 24 Jun lalu, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim memberitahu, pemantauan dan risikan ke atas geng ini telah lama dibuat pihaknya dalam usaha menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok.

Iklan

Menurut Rosli, modus operandi geng ini serupa dengan kumpulan penyeludup rokok lain yang pernah ditumpaskan Maritim Selangor sebelum ini.

Geng Jimmy menggunakan bot barter trade dan bot pancung untuk membawa masuk rokok dari Indonesia dan Vietnam melalui jalan laut. Bot barter trade digunakan untuk membawa masuk rokok putih dari Vietnam. Bot ini akan mengambil rokok dari bot besar yang berhenti di sempadan laut negara manakala bagi bot pancung pula membawa muatan rokok kretek dari Indonesia.

Bot pancung berkelajuan tinggi ini dikesan bergerak dari Indonesia terus masuk ke pesisiran negara. Namun, kita juga percaya sindiket ini turut menggunakan bot nelayan untuk membawa masuk rokok.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] Geng Jimmy dalam radar Maritim