Rompak wanita: Geng Saga dijel 12 tahun

Iklan
Kesemua tertuduh dikawal warden selepas hukuman diputuskan.

KOTA BHARU - Padah buat tiga termasuk dua beradik dari Geng Saga Merah apabila dihukum penjara 12 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, kerana merompak seorang wanita, tahun lalu.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Norashraf Mujahid Mamat Yasmi, 34, dan adiknya, Norshah Fifi, 30, serta Mohd Hakimi Mat Nor, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Iklan
Iklan

Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama merompak beg duit yang mengandungi kad pengenalan mangsa, Ain Syatira Ab Ghani, 27, lesen memandu, kad bank atas nama Azizah Abdullah dan seutas gelang emas dan kunci kereta Perodua Myvi di Jalan Sultan Omar, Kampung Chepa Binjai, di sini, jam 7 pagi, pada 17 Jun 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Iklan
Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorazlinawati Mohd Arshad manakala, dua beradik itu diwakili peguam AS Dhaliwal, sementara tertuduh ketiga tidak diwakili peguam.