Mangsa arak tiruan di India meningkat 130 orang

Iklan
Mangsa yang meminum arak tiruan mendapatkan rawatan di hospital.- Foto BBC

ASSAM - INDIA.Sekurang-kurangnya 130 orang dilaporkan maut manakala lebih 200 yang lain masih menerima rawatan di hospital akibat meminum arak tiruan, kata pihak berkuasa India

Terdahulu, sejumlah 41 mangsa, kebanyakannya pekerja ladang teh di daerah Golaghat dilaporkan maut Khamis lalu, sementara sekurang-kurangnya 100 meninggal dunia di Paradesh dan Uttarakhand awal bulan ini, juga akibat arak tiruan.

Iklan
Iklan

Sehubungan insiden yang berlaku, pihak berkuasa bertindak menahan 10 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan arak tiruan berkenaan.

Superintenden Polis Golaghat, Pushkar Singh memberitahu, pihak polis telah menemui rumah yang dipercayai menjadi lokasi penghasilan arak tiruan tersebut dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Iklan

Sementara itu, doktor yang merawat mangsa masih buntu berhubung bahan digunakan dalam arak tiruan terbabit yang menyebabkan mangsa mengalami muntah teruk, sakit dada, kesukaran bernafas serta kegagalan organ.

Kematian disebabkan meminum arak tiruan sering terjadi di kawasan pedalaman India berikutan harganya yang jauh lebih murah daripada arak berjenama.- BBC

ARTIKEL BERKAITAN: 41 maut minum arak tiruan

Iklan