PEMAIN sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanafi dan pemain sayap Terengganu FC, Mohamad Hakimi Abdullah menjadi pemain paling bernilai dalam Liga Malaysia (Liga-M) mengikut kemaskini terbaharu laman sesawang Transfermarkt.
Laman Transfermarkt melakukan penilaian tersebut berdasarkan data dari 13 perlawanan liga yang dilalui dan status panggilan ke skuad kebangsaan semasa kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Nilai Ariff Aiman diletakkan sebanyak RM600,000 berdasarkan prestasi cemerlangnya di JDT selain pemain berusia 18 tahun itu turut dipanggil oleh pengendali Harimau Malaya untuk mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
Manakala, Mohamad Hakimi di kedudukan kedua dengan nilai sebanyak RM493,000 dengan pemain berusia 21 tahun itu telah meledak empat gol dalam saingan Liga Super bersama Terengganu FC.
Namun, nasib berbeza diterima oleh penyerang JDT, Syafiq Ahmad apabila nilainya menurun sebanyak RM370,000 dengan punca penurunan dipengaruhi oleh persaingan untuk mendapatkan tempat di skuad utama namun masih diberi kepercayaan untuk membarisi pasukan negara.
Dalam pada itu, pemain Kedah Darul Aman (KDA FC), Baddrol Bakhtiar dinilai pemain tengah terbaik di Liga dengan harga RM1.4 juta selepas muncul penjaring tempatan terbanyak di Liga Super.
Artikel Berkaitan