ADUN Rawang dilantik Ketua AMK Selangor

Iklan
Chua Wei Kiat

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang, Chua Wei Kiat dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang baharu, berkuat kuasa semalam.

Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab berkata, Wei Kiat yang juga Ketua AMK Selayang menggantikan Najwan Halimi yang dipecat daripada jawatan itu pada 28 Jun lepas.

Iklan
Iklan

"Pelantikan itu adalah hasil rundingan antara Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir bersama ketua-ketua AMK Cabang Negeri Selangor pada 29 Jun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Syukri berkata, jawatankuasa penuh AMK negeri akan diumumkan oleh Wei Kiat setelah proses perbincangan dibuat bersama ketua-ketua AMK Cabang Negeri Selangor.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua AMK Selangor digugurkan serta-merta

Iklan