PKPD: Premis makanan, kedai runcit dibenar beroperasi

Iklan
Premis makanan dibenarkan beroperasi di kawasan PKPD di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula jam 8 pagi hingga 8 malam. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kerajaan membenarkan restoran, gerai makan dan kenderaan bersaji (food truck) beroperasi di kawasan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, turut dibenarkan beroperasi ialah penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja dan gerai makan tepi jalan/kiosk.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja dibenarkan.

Beliau berkata, selain premis makanan, kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai barangan keperluan harian juga dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

Iklan

"Hospital, klinik dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi 24 jam atau mengikut lesen kebenaran, manakala kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan hanya dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi operasi stesen minyak dibenarkan antara 6 pagi hingga 8 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol yang dibenarkan beroperasi 24 jam.

Iklan

"Pasar borong dibenarkan beroperasi bermula 12 pagi hingga 6 pagi manakala pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) dan MyFarm Outlet (MFO) dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi hingga 2 petang.

"Seterusnya, sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan,” katanya.