IMPIAN gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United untuk membawa Jadon Sancho ke Old Trafford musim ini bakal menjadi kenyataan apabila Borussia Dortmund mengesahkan mencapai persetujuan untuk perpindahan penyerang England yang dianggarkan berjumlah 85 juta euro (RM419 juta).
Dortmund dalam satu kenyataannya berkata, kelab Bundesliga itu bersetuju dengan The Red Devils untuk membayar 'yuran perpindahan yang ditetapkan sebanyak RM419 juta' untuk pemain berusia 21 tahun itu.