Buru suspek melalui media sosial

Iklan

SUKAN berbasikal khususnya lebuh raya dan trek menjadi minat mendalam penulis sejak awal 1990-an.

Pada 2018, penulis mula menjalankan kajian tentang Mohd Azizulhasni Awang dan faktor utama kekuatan dalamannya sehingga muncul juara dunia, selain merangkul pingat Sukan Olimpik. Satu pencapaian sangat besar untuk seseorang yang memiliki saiz Asia.

Iklan
Iklan

Penulis juga meminati sukan lebuh raya dan tidak pernah melepaskan peluang menyaksikan siaran langsung melibatkan semua perlumbaan Grand Tour iaitu Tour de France (TdF), Giro d’Italia dan Vuelta a Espana.

Secara kebetulan, ketika ini sedang berlangsung kejohanan elit TdF. Penulis baru mengetahui sejarah kenapa pemenang jersi TdF harus memakai jersi kuning.

Iklan

Rupa-rupanya penganjur pertama TdF, L’Auto yang juga penerbit suratkhabar ternama di Perancis, dicetak menggunakan kertas kuning. Justeru, warna jersi kuning dipilih untuk disarungkan pemenang TdF.

TdF ialah perlumbaan getir yang menyaksikan semua pelumba terbaik lebuh raya memberikan aksi bertaraf dunia pada setiap perlumbaan peringkat.

Iklan

Cuma pada perlumbaan TdF tahun ini, berlaku sesuatu yang sangat pelik pada perlumbaan peringkat pertama dari Brest ke Landerneau.

Seorang peminat Jumbo-Wisma yang memegang placard berbunyi Allez Opi-Omi menyebabkan Tony Martin tersungkur sekali gus menyaksikan berpuluh pelumba lain turut terbabit dalam kemalangan besar itu.

Hampir semua akhbar ternama di Eropah memberikan publisiti luas kepada kemalangan itu.

Penulis ingin memberi pujian kepada polis Perancis yang bertindak pantas untuk cuba menyelesaikan kes itu termasuk memburu dan mengenal pasti peminat terbabit dipercayai wanita menggunakan Facebook (FB).

Polis Perancis menggunakan semua medium untuk memburu suspek.

Setakat ini polis telah membuka kertas siasatan. Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mempunyai undang-undang khusus tentang peminat yang menjadi punca penyebab kemalangan.

Polis juga boleh menggunakan Article 222-20 Panel Code iaitu denda mencecah €15,000 (RM74,000) dan penjara setahun.

Penulis difahamkan, berdasarkan fortinet.com, media sosial dapat membantu menyelesaikan jenayah dengan lebih cepat.

Kenal pasti

Sekitar 80 peratus kes jenayah diselesaikan menerusi penggunaan media sosial.

Tidak hairanlah kenapa polis Perancis menggunakan FB bagi mengenal pasti peminat berkenaan.

Namun, ada satu persoalan perlu dijawab. Adakah FB boleh melayan permintaan polis Perancis.

FB dalam Laporan Permintaan Pemerintah Global memberi jaminan tidak akan mendedahkan maklumat penggunanya.

FB hanya berbuat demikian setelah proses undang-undang formal sah dilaksanakan.Al-Quran pula telah membicarakan soal tersebut dalam surah An-Naml ayat [27:20-28] dan Surah Al-Maaidah ayat [5:16] yang bermaksud:

"Dengan kitab itulah ALLAH menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan dan (dengan kitab itu pula) ALLAH mengeluarkan orang-orang itu daripada gelap-gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”

Perkara sama boleh berlaku di Malaysia. Pemburuan suspek boleh melibatkan FB jika polis yakin boleh berlaku risiko kecederaan serius atau kematian.

Penulis juga percaya penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligent (AI) dengan menggunakan teknik rangkaian neural terhadap data berita daripada pengguna FB boleh membentuk petunjuk.

Memerhatikan perkembangan TdF sejak awal 2000, penulis sudah boleh menjangka pasti suatu hari akan berlaku kemalangan besar melibatkan peminat tegar.

Penulis juga pernah meramalkan polis Perancis pasti akan menggunakan media sosial untuk memburu peminat yang menimbulkan kekecohan.

Mungkin Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah menggunakan kaedah sama untuk memburu suspek menerusi media sosial termasuk FB.

Kesimpulannya, media sosial sebenarnya memiliki sisi putih yang menarik. Kadangkala manusia terjebak kerana sikap riak dan mahu menunjukkan sesuatu kesalahan mereka dalam media sosial seperti FB dan Instagram.

* Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor (UNISEL)