Kucing peliharaan dilarang keluar rumah

Iklan
Kucing peliharaan tidak lagi dibenarkan keluar dari pekarangan rumah di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Knox, timur Melbourne mulai Oktober depan. - Foto Getty Images

MELBOURNE - Sebuah majlis perbandaran di timur bandar raya Melbourne Australia memperkenalkan peraturan melarang kucing peliharaan daripada berkeliaran di luar kediaman pemilik haiwan itu mulai Oktober depan.

Majlis Perbandaran Knox itu memperkenalkan peraturan tersebut bagi melindungi haiwan-haiwan liar seperti burung lain daripada menjadi mangsa terkaman kucing.

Iklan
Iklan

Menurut portal berita 7News, penduduk di dalam kawasan majlis perbandaran tersebut akan menerima amaran pertama terlebih dahulu sebelum didenda kerana membiarkan kucing peliharaan mereka berkeliaran di luar pekarangan rumah.

Selepas amaran pertama diberikan, pemilik kucing yang didapati melanggar peraturan tersebut akan dikenakan denda sebanyak A$91 (RM283).

Iklan

Jika melanggar peraturan tersebut buat kali kedua, pemilik kucing itu akan didenda sebanyak A$545 (RM1,695).

Denda sebanyak A$545 juga akan dikenakan kepada pemilik kucing peliharaan jika melakukan kesalahan berulang.

Iklan

Seorang pakar ekologi di Universiti La Trobe di Australia, Dr. Jim Radford menyambut baik pelaksanaan larangan tersebut.

Katanya, kucing-kucing peliharaan merupakan masalah paling besar buat haiwan-haiwan liar lain.

Beliau dilaporkan berkata, larangan itu membolehkan hidupan liar seperti burung dan kelawar dilindungi daripada ancaman kucing tersebut. - Agensi