Keputusan kemasukan Tingkatan Enam Isnin depan

Iklan
KPM memaklumkan, semakan boleh dibuat melalui portal https://sst6.moe.gov.my/. - Foto permohonan.my

PUTRAJAYA- Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam akan diumumkan Isnin depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, semakan boleh dibuat melalui portal https://sst6.moe.gov.my/.

Iklan
Iklan

"Bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian internet pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran dan membantu proses pendaftaran," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

KPM berkata, bagi pelajar yang memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan Enam namun tidak menerima tawaran, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di pautan sama dan pihak sekolah akan menguruskannya jika tidak mempunyai capaian internet.

Iklan

Tempoh rayuan mulai 5 hingga 15 Julai dan keputusan akan dimaklumkan pada 20 Julai melalui portal yang sama.

Sesi pengajian bagi Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 akan bermula pada 25 Julai bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan pada 26 Julai bagi sekolah dalam negeri kumpulan B.

Iklan