Agihan 350 bakul makanan untuk asnaf Kelantan

Iklan
Antara barangan yang diberikan kepada asnaf.

KOTA BHARU - Memahami keperitan hidup masyarakat masa kini yang berdepan dengan pandemik Covid-19, Kumpulan Malvest dan Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) mengambil inisiatif meringankan beban mereka dengan pemberian bakul makanan.

Wakil Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi, Datuk Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissal berkata, pek makanan yang merangkumi lima kilogram beras, tepung gandum dan bihun itu diedarkan kepada Rumah Asnaf Kota Bharu dan ke rumah-rumah golongan B40 yang dikenalpasti.

Iklan
Iklan
Datuk Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissal (kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Rumah Asnaf Kota Bharu di sini.
Iklan

"Kami berterima kasih atas sumbangan Kumpulan Malvest dan YAKIN yang menjadi pemangkin untuk mendorong aktiviti sumbangan makanan ini.

"Bak kata perpatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, beberapa syarikat swasta juga telah menyampaikan hasrat mereka untuk menyumbang makanan di samping beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga akan turut serta dalam mengagihkan sumbangan ini,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Iklan

Melalui syarikat usahasama antara Kumpulan Malvest dan YAKIN iaitu Kelmedic Sdn Bhd, 350 pek makanan melalui Program Bakul Makanan itu telah diderma kepada Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi untuk diagihkan.