Platform NHRVR bukti komitmen KKM

Iklan
Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama

SHAH ALAM – Pelancaran Platform Daftar Sukarelawan Penyelidikan Sihat Nasional (NHRVR) menunjukkan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memantau keselamatan sukarelawan sihat yang menyertai kajian klinikal di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, pihaknya berharap inisiatif pembangunan platform itu dapat meningkatkan kemampuan Malaysia dalam menjalankan kajian klinikal mengikut standard antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Dengan mewujudkan platform yang dapat menghalang sukarelawan terbabit dalam kajian secara berlebihan kami berharap dapat mengelakkan kos prosedur saringan yang tinggi dan meningkatkan ketelusan antara pusat penyelidikan klinikal.

"Untuk platform ini, kita akan menggunakan konsep kajian klinikal oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk program pemeriksaan dan akreditasi bagi kajian klinikal pertama melibatkan manusia,” katanya semasa melancarkan platform tersebut secara maya pada Jumaat.

Iklan

Dr Noor Hisham menambah, platform NHRVR di bawah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM itu hanya dapat diakses oleh pengguna yang berdaftar dan terlatih.

"Ini bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan data terpelihara dengan baik,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan medianya yang berasingan berkata, latihan telah diberikan kepada kakitangan rangkaian pusat penyelidikan klinikal di bawah kelolaan ICR dan institusi atau pusat-pusat yang mengendalikan kajian klinikal berasaskan 'bioavailability' dan 'bioequivalence'.

"KKM turut menyasarkan penglibatan dari institusi pengajian tinggi serta sektor swasta dalam menggunakan platform ini di masa hadapan,” katanya.