BNM mungkin turunkan lagi OPR 25 mata asas

Iklan
Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR - OCBC Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang dijadualkan bermesyuarat pada 8 Julai depan, berkemungkinan bertindak menurunkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps).

Ahli Ekonominya, Wellian Wiranto berkata, dalam mesyuarat Mei lalu, MPC masih mengunjurkan prospek lebih optimis berikutan sebahagian besar aktiviti-aktiviti perniagaan tidak terkesan akibat kawalan pergerakan pada masa itu.

Iklan
Iklan

"Namun, unjuran (optimis) tersebut semakin berkurangan berikutan pelaksanaan kawalan pergerakan yang diperketatkan lagi.

"Oleh itu, secara keseluruhannya, kami melihat terdapat kemungkinan untuk BNM menurunkan lagi kadar OPR sebanyak 25 bps,” katanya dalam nota penyelidikan pada Jumaat.

Iklan

Wiranto juga menyifatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tertentu di Selangor dan Kuala Lumpur pada 3-16 Julai, 2021, sebagai isyarat bahawa negara ini perlu memerlukan masa untuk melonggarkan langkah terbabit.

Menurutnya, jangkaan bahawa aktiviti ekonomi dapat dibuka semula menjelang pertengahan bulan ini juga sukar untuk direalisasikan setakat ini.

Iklan

"Pada masa ini, kesan ekonomi dijangka lebih ketara biarpun pakej rangsangan terbaharu itu masih mampu membantu dalam keadaan tertentu,” katanya. - Bernama