Dua umum tanding pemilihan GPMS

Iklan
Mohd Ashraf (tiga kanan) dan Mohamad Erhan (dua kiri) ketika ditemui media di Inderapura, hari ini.

KUANTAN – Bekas calon bebas PRU14 mengumumkan akan turut bertanding jawatan Timbalan Presiden pemilihan kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 2019/2021, 9 Mac nanti.

Beliau adalah Mohd Ashraf Mustaqim yang merupakan bekas Naib Pengerusi GPMS Wilayah Persekutuan 2012/2015 dan pernah bertanding sebagai calon Parlimen Paya Besar PRU yang lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keputusan bertanding tahun ini adalah bagi membawa arah tuju yang lebih jelas dalam meningkatkan lagi martabat dan kemantapan susur galur perjuangan GPMS.

"Dari semasa ke semasa akan melebarkan agenda pembaharuan dan pembawaan ke atas GPMS itu sendiri. Banyak perkara yang akan kita laksanakan.

Iklan

"Sebagai sebuah gabungan yang tertua sejak 1948, GPMS menggalakkan intelektualisma dalam kalangan orang Melayu.

"Maju mundur kaya miskin hina mulia sesuatu bangsa terletak kepada intelektual. Kita akan berusaha meningkatkan kembali gagasan penyatuan anak bangsa yang bersedia.

Iklan

"Seiring slogan Belajar Terus Belajar, GPMS adalah gedung melahirkan pemimpin. Gagasan tersebut perlu dikembalikan. Kita nak pastikan nama GPMS kembali meniti di bibir anak Melayu dan institusi pendidikan tinggi,” katanya dalam sidang media di Inderapura di sini, hari ini.

Sementara itu, Exco GPMS Kebangsaan yang juga bekas Naib Pengerusi GPMS Pahang penggal 2015/2018, Dr Mohamad Erhan Rahimi Abdul Rahman mengumumkan bertanding pemilihan kali ini bagi jawatan Naib Presiden.