JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pada Jumaat menzahirkan kerisauan baginda terhadap cabaran pendidikan semasa pandemik Covid-19, terutamanya kepada pelajar dalam kalangan keluarga B40.
Bertitah pada sesi perbincangan mengenai isu pendidikan bersama Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail dan beberapa pensyarah UTM secara maya, Raja Zarith Sofiah menyatakan kerisauan yang golongan berkenaan akan tercicir, dalam dalam pelajaran mereka.