PARIT BUNTAR - Majikan dua buah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Parit Buntar dikompaun kerana gagal memastikan 13 pekerja mengimbas kod MySejahtera dalam Ops Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kompaun dikeluarkan dalam operasi dua jam membabitkan pihaknya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dan Majlis Daerah Kerian (MDK) di kedua buah kilang yang beroperasi dalam satu kawasan yang sama.