MKT UMNO tidak boleh atasi keputusan PAU: Nazri

Iklan
Mohamed Nazri

SHAH ALAM - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak boleh mengatasi sebarang keputusan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan PAU adalah tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) apabila Parlimen dibubarkan.

Iklan
Iklan

"Keputusan itu dibuat berdasarkan usul yang dibentangkan ketika PAU tempoh hari.

"PAU adalah badan tertinggi dalam UMNO, jadi sekiranya MKT nak ubah keputusan PAU, maka perlu panggil perhimpunan khas untuk buat keputusan baharu,” lapor Astro Awani pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas laporan bahawa UMNO Pusat sedang memanggil ahli Parlimennya secara berperingkat untuk mendapat perakuan bersama meninggalkan kerajaan PN sebelum 1 Ogos.

Memetik sumber parti yang layak dipercayai, Utusan Malaysia melaporkan, lebih 10 ahli Parlimen yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dipanggil menemui Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan di pejabat parti itu.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, beliau tidak pernah dipanggil untuk berbincang tentang penarikan sokongan terhadap PN.

"Sepatutnya semua Ahli Parlimen UMNO perlu dipanggil kerana yang menyokong kerajaan sedia ada ini adalah Ahli Parlimen UMNO,” tegasnya. - Awani