Suasana lengang di sekitar ibu kota berikutan kebanyakan premis perniagaan ditutup susulan Kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh pada tinjauan malam ini.
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata, arahan tersebut berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai 2021.