WASHINGTON - Angka kematian akibat runtuhan kondominium di Miami, Florida, Amerika Syarikat meningkat kepada 22 orang, menjadikan mangsa yang masih hilang kini 126 orang.
Jabatan Polis Miami-Dade pada Jumaat mengumumkan penemuan tiga mangsa, namun menambah kepada empat.
Jabatan itu dalam ciapan di Twitter memaklumkan bahawa mangsa yang baru ditemui termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.
Peluang untuk mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan menara kondominium Champlain Towers South itu semakin tipis selepas operasi mencari dan menyelamat masuk hari kesembilan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kondominium runtuh di AS, 99 orang dikhuatiri tertimbus
Kondominium runtuh di AS: Angka korban meningkat
Kondominium runtuh, mayat ke-11 ditemukan
Sementara itu, Taufan Elsa yang berkembang menjadi taufan Kategori 1 kini menghentam pulau-pulau di Caribbean, dijangka sampai ke pantai Florida seawal petang Ahad, menurut laporan kaji cuaca.
Walaupun laluan Elsa masih sangat tidak menentu, taufan itu masih boleh membawa angin kuat dan hujan lebat ke kebanyakan kawasan di Florida, merumitkan lagi usaha menyelamat di tapak runtuhan kondominium. - Xinhua