Pesawat Bangladesh Airlines mendarat cemas susulan cubaan rampasan

Iklan
Kesemua penumpang pesawat Biman Bangladesh Airlines berjaya dibawa turun dengan selamat. - Foto BBC

DHAKA - BANGLADESH. Sebuah pesawat Biman Bangladesh Airlines dari Dhaka menuju ke Dubai terpaksa membuat pendaratan cemas susulan cubaan merampas pesawat, lapor media tempatan.

Penerbangan bernombor BG147 yang dinaiki 142 penumpang segera dikepung pihak berkuasa sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat di Chittagong, hari ini.

Iklan
Iklan

Menurut laporan pihak berkuasa, kesemua penumpang berjaya dibawa turun dengan selamat, sementara seorang lelaki yang disyaki cuba menceroboh masuk kokpit pesawat berkenaan telah ditahan. - BBC