Empat keluarga dibantu selepas sejam kibar bendera putih

Iklan
Sebuah keluarga di Bukit Tembok, Seremban mengibarkan bendera putih berikutan terputus bekalan makanan.

SEREMBAN - Kurang daripada satu jam selepas mengibarkan bendera putih di hadapan rumah, empat keluarga di Bukit Tembok di sini menerima bantuan segera.

Tindakan pantas itu dilakukan Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon bagi menyelamatkan empat keluarga berkenaan daripada terputus bekalan makanan.

Iklan
Iklan

Nicole yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkata, beliau mengetahui perkara itu selepas keluarga berkenaan memasang bendera putih di hadapan rumah.

"Sebaik sahaja saya mendapat maklumat mengenai perkara ini, saya segera menghubungi Ketua Masyarakat Kampung Bukit Tembok, T Thina agar segera menyalurkan bakul makanan kepada keluarga tersebut.

Iklan

"Dalam masa kurang daripada satu jam, ketua masyarakat di situ sempat membeli barangan dapur untuk diberikan kepada keluarga berkenaan.

Nicole (dua dari kiri) menyerahkan bantuan kepada empat keluarga di Bukit Tembok, Seremban pada Sabtu.

"Saya turut menyumbangkan makanan siap dimasak iaitu nasi lemak dan bihun serta pelitup muka kepada mereka," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Nicole berkata, berdasarkan siasatan, kesemua keluarga berkenaan hilang punca pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuatkuasa.

"Kibarkanlah bendera putih jika ada individu yang memerlukan bantuan. Jangan malu untuk dapatkan bantuan.

"Saya juga mengharapkan agar jiran atau saudara mara yang tahu sesiapa yang mengibarkan bendera putih supaya memaklumkan kepada kami atau wakil rakyat dan ketua masyarakat bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan segera," katanya.