SUBANG JAYA - Sebuah rumah urut di SS15, di sini diserbu Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada Khamis kerana beroperasi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, serbuan yang dibuat hasil risikan dan maklumat orang awam itu telah menyita beberapa peralatan di premis tersebut selain diarahkan tutup di bawah Undang-undang Kecil 42 (2) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2013.