PKPD: Kawat dipasang di tangga elak penduduk keluar masuk blok

Iklan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memasang kawat duri di laluan tangga blok tersebut bagi mengelakkan penduduk keluar atau masuk dari blok berkenaan.- Foto FB Bernama.com

KUALA LUMPUR - Pemasangan kawat berduri di tangga Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas dilaksanakan bagi mengelakkan penduduk keluar atau masuk dari blok berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, terdapat kekeliruan yang timbul apabila gambar kawat duri di laluan tangga tersebut disebarkan kerana penduduk merasa bimbang sekiranya berlaku kecemasan.

Iklan
Iklan

"Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini dilaksanakan terhadap satu blok sahaja kerana blok yang lain didapati kurang berisiko.

"Polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memasang kawat duri di laluan tangga blok tersebut bagi mengelakkan penduduk keluar atau masuk dari blok berkenaan.

Iklan

"Pemasangan kawat duri tersebut dibuat setelah dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan PKPD yang turut dihadiri oleh pihak bomba," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, terdapat laluan lain yang boleh digunakan oleh penduduk blok tersebut bagi tujuan keluar dari blok sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Iklan

"Polis dan ATM juga sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan siap siaga dalam mengadapi sebarang kemungkinan.

"Sekiranya berlaku kecemasan, pihak ATM berkemampuan untuk membuka kawat duri tersebut dalam tempoh masa yang singkat," katanya.

Menurutnya, polis dan ATM juga sentiasa berada di laluan tersebut untuk memantau situasi semasa.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang menimbulkan kegusaran masyarakat.

"Polis sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kawat dipasang di tangga sebuah blok di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas.

Netizen mendakwa tindakan itu membahayakan penduduk sekiranya berlaku kecemasan.