Hampir 28,000 kes baharu di Indonesia, lockdown bermula hari ini

Iklan
Indonesia rekod lonjakan kes positif baharu Covid-19 dengan mencatatkan hampir 28,000 kes pada hari ini. - Foto fail The Jakarta Post

JAKARTA - Indonesia berterusan merekodkan lonjakan kes positif baharu Covid-19 dengan mencatatkan hampir 28,000 kes pada hari pertama pelaksanaan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali.

Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia, sebanyak 27, 913 kes baharu direkodkan hari ini, jumlah tertinggi setakat ini sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Iklan
Iklan

Sebanyak 493 lagi kematian berlaku dalam tempoh 12 tengah hari Jumaat sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 60,027 orang.

Peningkatan kes baharu sejak dua minggu terakhir ini dikaitkan dengan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri lepas, dan varian Delta yang lebih cepat menular.

Iklan

Bermula hari ini hingga 20 Julai, pemerintah Indonesia kembali mengetatkan protokol kesihatan Covid-19 dengan menguatkuasakan PPKM Darurat di Pulau Jawa dan Bali.

Di JAKARTA, jalan-jalan utama ditutup bagi membataskan pergerakan orang ramai, selain penutupan pusat membeli belah, rumah ibadat, arahan bekerja dari rumah untuk sektor non essential dan penutupan pusat reakreasi serta larangan makan di restauran, kedai makan atau di warung. - Bernama

Iklan