Pencuri kempunan satu tan kelapa sawit

Iklan
Lori digunakan suspek dirampas siang tadi.

PADANG SERAI - Seorang pencuri tidak sempat menikmati hasil curi kelapa sawit sebanyak satu tan apabila lori dipandunya terbabas dalam parit sebelum dicekup polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dalam kejadian 9.30 pagi di Kebun Kelapa Sawit Padang Estate itu, lori dipandu suspek terbabas dalam parit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian disedari penjaga kebun berusia 67 yang baharu sampai di ladang berkenaan

"Penjaga kebun tersebut mendapati terdapat longgokan buah kelapa sawit di belakang lori. Suspek juga didapati masih berada dalam kenderaan tersebut," katanya.

Iklan

Beliau berkata, pekerja itu kemudian bertindak menahan suspek dan laporkan kepada polis.

"Suspek berusia 55 tahun ditahan anggota polis yang membuat rondaan Ops Cegah Jenayah pada jam 10.30 pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk tindakan," katanya.

Iklan

Beliau berkata, polis merampas sebuah lori digunakan suspek dalam kejadian itu, buah kelapa sawit seberat satu tan dan dua batang cok besi.

"Siasatan awal suspek mengaku terlibat dalam kegiatan itu," katanya

Kes disiasat 379 Kanun Keseksaan.