Hina Nabi: Desak ambil tindakan

Iklan
Hampir 500 orang berkumpul di hadapan IPD Ipoh bagi mendesak lelaki hina Rasulullah segera diambil tindakan.

IPOH - Hampir 500 orang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, malam tadi, bagi mendesak lelaki warga emas yang menghina Nabi Muhammad SAW menerusi karikatur jelik segera dihadapkan ke muka pengadilan.

Keadaan itu memaksa polis menutup Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab hampir sejam bagi mengelakkan sebarang insiden berlaku sepanjang himpunan itu berlangsung bermula jam 9 malam.

Iklan
Iklan

Insiden yang pada mulanya ‘panas’ berjaya ditenangkan apabila Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby memberi cadangan kepada orang ramai untuk menghantar tiga wakil bagi membuat laporan polis.

Hampir 500 orang berkumpul di hadapan IPD Ipoh bagi mendesak lelaki hina Rasulullah segera diambil tindakan.

Iklan

Presiden Jaringan Bersatu Sahabat Perak (Jabat), Amiruddin Mohd Daud berkata, himpunan itu adalah inisiatif anak Perak yang sayangkan Islam dan menyatakan rasa tidak puas hati apabila pelakunya dibebaskan segera dengan jaminan polis dalam tempoh yang singkat.

"Kita tidak jangka seramai ini yang hadir dan ia menunjukkan bahawa isu ini sangat besar dan mendalam terhadap umat Islam. Mereka yang hadir ini berasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku.

Iklan

"Saya lihat ada sikap ‘double standard’ dalam mengambil tindakan terhadap mereka ini. Kita mohon polis dan menteri yang menjaga agama supaya tengok-tengokkan isu sensitif ini agar tidak berulang hingga menggugat keharmonian dalam negara,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab terpaksa ditutup selepas hampir 500 orang mula berkumpul di jalan raya di hadapan IPD Ipoh, semalam.

Menurutnya, dia juga tidak menafikan satu perhimpunan besar akan diadakan sekiranya isu itu dipandang sebelah mata.

"Kita hanya menunggu tindakan selanjutnya, sekiranya ada yang buat lebih besar kita akan turut serta. Ramai rakan-rakan memaklumkan mereka lebih bersedia, apa nak jadi, jadilah.

"Bagaimanapun, kita turut merancang untuk menghantar surat kepada Majlis Raja-Raja untuk mendengar rintihan rakyat serta serahkan sepenuhnya untuk tindakan selanjutnya (membabitkan agama Islam),” katanya.

Rabu lalu, lelaki yang menggunakan nama Facebook Foo Sing Wai yang ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW menerusi Facebook telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tiga hari ditahan.

Lelaki berusia 68 tahun itu sebelum ini mencetuskan kemarahan umat Islam selepas memuat naik karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah.

Mohd Ali menggunakan pendekatan diplomasi bagi meredakan ketegangan pihak yang berhimpun depan IPD Ipoh, semalam.