Peluang England cipta sejarah

Iklan
England menepati ramalan mara ke saingan separuh akhir Euro. -Foto EPA

ENGLAND mempunyai peluang untuk mencipta sejarah dalam saingan Euro kali ini apabila mara ke perlawanan separuh akhir menundukkan Ukraine 4-0 di Stadio Olimpico, Rome pada awal pagi Ahad.

Perkara itu diakui pengendali England, Gareth Southgate yang melihat para pemainnya berada pada tahap terbaik untuk mencipta kejayaan menjulang trofi pada edisi Euro kali ini.

Iklan
Iklan

"Kami tidak mahu mengambil langkah kebelakang. Kami mahu terus menggengam peluang ini dan bukannya berharap kepada nasib untuk menang.

"Ia luar biasa. Saya masih tidak dapat mempercayainya kerana ia adalah satu lagi separuh akhir dalam tiga tahun ini. Kami mahu pergi dua langkah lebih jauh. Saya tahu apa yang akan berlaku di lama sendiri nanti.

Iklan

"Sesuatu yang menyenangkan dapat melihat semua penyokong pada malam Sabtu dan mereka harus menikmatinya. Sudah bertahun-tahun lamanya bagi semua orang dan perlawanan menentang Jerman dan Ukraine ini membawa kegembiraan kepada semua penyokong.

"Ini luar biasa untuk negara dan aksi separuh akhir di Wembley dengan semua orang boleh menantikannya.

Iklan

"Bagaimanapun, kami tidak berpuas hati. Malam ini adalah malam yang sangat menggembirakan bagi semua orang tetapi sebelum perlawanan berakhir, saya memikirkan cabaran seterusnya. Kami tidak pernah ke final Euro dan ini peluang untuk melakar sejarah," katanya.

Dalam perlawanan itu, dua gol daripada Harry Kane manakala satu daripada Harry Maguire dan Jordan Henderson memastikan kemaraan The Three Lions ke saingan separuh akhir dan dijadualkan bertemu Denmark pada 8 Julai nanti.

Dalam pada itu, penyerang utama England, Kane mengakui kejayaan itu meletakkan pasukannya di landasan tepat namun perlu bersedia dengan ancaman yang akan dihadirkan Denmark di Wembley nanti.

"Mungkin ramai diantara kami tidak akan mempunyai peluang lagi bermain perlawanan besar seperti ini di Wembley pada masa akan datang. Jadi, kami perlu mengambil peluang ini untuk memastikan kemenangan buat England.

"Kami perlu menikmati dan menggunakan 'tenaga' penyokong di Wembley seperti ketika kami menang berdepan Jerman. Elemen itu sudah tentu akan diteruskan ketika bertemu Denmark.

"Kami mempunyai visi di mana kami ingin berada dan itu dengan memenangi kejohanan besar. Untuk memastikan visi kami tercapai, kami mara selangkah demi selangkah sehingga ke tahap ini," katanya.