Semenyih 'syurga' rim tayar, barangan terpakai

Iklan
Raju sedang memilih barang dikehendaki pelanggan di kedainya. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SEMENYIH - Sebuah tapak seluas 2,000 meter persegi di Jalan Sungai Lalang, Batu 21, di sini, menjadi tarikan penggemar barangan antik dan rim kenderaan.

Dari luar pintu masuk premis terbabit sudah jelas kelihatan longgokan rim tayar kereta dan motosikal malah ada yang digantung.

Iklan
Iklan

Pada satu sudut lain pula, kelihatan pelbagai barangan lama seperti cawan, pinggan, jam, radio, tali pinggang, anak patung, kaset dan pelbagai lagi.

Di bahagian belakangnya pula menempatkan pelbagai jenis alat ganti kereta dan motosikal termasuk enjin dan kotak gear serta pelbagai komponen yang dikatakan diambil terus dari kenderaan rosak.

Iklan

Pengurus Scrap Metal Trading & Secondhand Shop, G Supramaniam, 52, berkata, tapak tersebut pada asalnya merupakan tapak menjual besi buruk, namun kini telah berubah menjadi 'gudang' barangan terpakai termasuk barangan antik, rim motosikal dan kereta.

"Barangan yang dijual di situ diperoleh di sekitar Lembah Klang, kemudian dijual semula di situ," katanya.

G Supramaniam memeriksa barang-barang kedainya Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Iklan

Menurutnya, kedai yang beroperasi sejak 16 tahun lalu itu turut menjual barangan yang dianggap 'rare' malah sukar dimiliki antaranya seterika arang, kamera lama, jam tangan dan duit syiling yang lama.

"Saya tengok barangan terpakai ini masih cantik, mahu buang sayang pula, saya membuat keputusan untuk menyimpan dan menjual semula kepada orang ramai," katanya.

Menurutnya, barangan terpakai di situ dijual dengan harga berpatutan, namun bergantung jenis, kualiti dan kesukaran mendapatkannya.

"Seperti rim tayar kereta, ada pelbagai harga, Begitu juga alat ganti kenderaan dan barangan antik yang dijual di kedai ini," katanya.

Supramaniam berkata, ada penggemar barangan tersebut datang ke kedai itu untuk membeli barangan yang dikehendaki, walaupun harganya mencecah ribuan ringgit

"Barangan tersebut bukan dinilai pada wang semata-mata tetapi koleksi yang dibeli dapat memberi kepuasan kepada mereka," katanya.

Raju sedang memeriksa barang-barang antik di kedainya.Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Sementara itu, pelanggan Zakian Jaffar berkata, dia mencari dan membeli barangan dan alat ganti motosikal dan kereta di gudang kedai itu.

"Macam-macam ada di sini termasuk barangan motosikal retro dan model lama.

"Saya dapat mencari barang dikehendaki meskipun harganya bukanlah terlalu murah tetapi berbaloi kerana tidak ditemui di tempat lain," katanya.

Zakian berkata, dia telah berbelanja ribuan ringgit sejak 10 tahun lalu.

"Kali ini saya berkunjung ke kedai ini adalah mahu membeli rim kereta Volvo yang berharga RM1,200," katanya.

Zakian Jaffar