Bubu nelayan

Iklan

'Awak-Awak' Muhammad Iskandar Firdaus Awalludin dan Muhammad Asyraf Abd Ghani (kanan) melakukan proses menaikkan bubu yang telah dilepaskan dalam masa dua minggu di dasar laut di perairan pantai Port Dickson baru-baru ini.

Perairan Port Dickson, Negeri Sembilan yang berhadapan dengan Selat Melaka menjadi salah satu sumber mata pencarian utama bagi nelayan bubu di negeri ini.

Iklan
Iklan

Penggunaan bubu iaitu sejenis alat menangkap ikan dan termasuk dalam kumpulan perangkap antara kaedah yang digunakan para nelayan di sini selain dari pukat, jaring hanyut, merawai dan memancing. - Foto Bernama