PENGENDALI Uruguay, Oscar Washington Tabarez menyifatkan tuah tidak menyebelahi pasukan itu apabila ditunjukkan jalan keluar saingan Copa America 2021 kali ini sekaligus mengulangi memori edisi 2019 lalu.
Malah menurut Tabárez, kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti merupakan sesuatu amat mengecewakan apatah lagi setelah semua pemain memberikan aksi terbaik sepanjang 90 minit perlawanan.
"Kami tersingkir dari Copa America kali ini menerusi penentuan penalti, situasi seakan sama seperti pada edisi 2019 lalu ketika berada di fasa peringkat kejohanan dunia.
"Pada fasa penentuan penalti ini ketentuan tersingkir sememangnya satu kepastian tidak seperti aksi sepenuh masa kerana pemain-pemain Uruguay akan memberikan aksi terbaik.
"Sebenarnya kami cukup dengan penyingkiran sebegini kerana tiada siapa dapat membayangkannya pada ketika pemain bersemangat untuk mara ke pusingan seterusnya,” katanya.
Untuk rekod pada edisi Copa America edisi 2019, Uruguay juga berdepan situasi sama apabila tewas 4-5 kepada Peru setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada peringkat suku akhir di Itaipava Arena Fonte Nova, Salvador, Bahia.
Pada aksi penuh Pusingan Lapan Terbaik Copa America 2021 di Stadium Mane Garrincha, Brazil sebelum itu, kedua-dua pasukan buntu memecah jaring masing-masing apabila terikat 0-0 sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.
Penjaga gol Colombia, David Ospina muncul wira apabila membawa Los Cafeteros setelah menyelamatkan dua sepakan penalti pemain La Celeste, Jose Gimenez dan Matias Vina