Lagenda bola sepak Kelantan meninggal dunia

Iklan
Awang Esa

BEKAS pemain bola sepak kebangsaan Awang Esa meninggal dunia pada usia 73 tahun jam 4 pagi tadi.

Allahyarham yang juga bapa wartawan Sinar Harian Kota Bharu, Siti Fatihah Awang menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Sains Malaysia selepas dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu.

Iklan
Iklan

Allahyarham bekas penjaga gol Malaysia tahun 1969 itu menghadapi masalah sakit tulang belakang sejak September tahun lalu dan menghidap barah tahap empat sehingga menyebabkan beliau tidak mampu bangun dari katil.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak.

Iklan
Iklan

Al fatihah.