IPOH - Kerajaan negeri Perak digesa memastikan segala kemudahan dan kempen diselaraskan dengan berkesan bagi mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, peralihan Perak kepada fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula Isnin ini wajar disambut dengan keazaman lebih kuat untuk mencapai imuniti kelompok tersebut.