TUMPAT - Polis Kelantan mengeluarkan 27 kompaun berjumlah RM79,000 bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi menyekat penularan Covid-19 dalam Ops Patuh di negeri ini sejak dua hari lalu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, lapan daripada 27 kompaun itu melibatkan kesalahan orang awam yang gagal mematuhi SOP seperti tidak memakai pelitup muka, di sekitar Kota Bharu yang membabitkan nilai RM8,000.