UAE dahului kempen vaksinasi global

Iklan
UAE kini mengatasi Seychelles menjadi negara yang mencatatkan jumlah penduduk paling ramai divaksin. - Foto AFP

ABU DHABI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengatasi Seychelles menjadi negara yang mencatatkan jumlah penduduk paling ramai divaksin, menurut data penjejak vaksin Covid-19 Bloomberg.

Data terbaharu menunjukkan sebanyak 15.5 juta dos atau 72.1 peratus daripada 10 juta populasi yang kebanyakannnya ekspatriat di negara Teluk itu telah menerima dos vaksin manakala program inokulasi di negara di Afrika Timur tersebut pula sudah meliputi 71.7 peratus daripada kira-kira 100,000 populasi penduduk.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) di China memaklumkan Beijing sudah memberikan kira-kira 12.9 juta dos daripada 1.3 bilion dos yang diedarkan di seluruh dunia.

Dalam perkembangan lain, New South Wales (NSW) pada Ahad melaporkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19, dua hari selepas ia mencatatkan rekod tertinggi selepas langkah lockdown kembali dilaksanakan di beberapa bandar Australia pada awal minggu lalu.

Iklan

Negeri berpopulasi paling padat itu mencatatkan 16 kes baharu pada Sabtu selepas lebih 30 kes direkodkan sejak Khamis lalu.

Pada Jumaat, Perth di Australia Barat menamatkan langkah lockdown, namun beberapa sekatan masih dilaksanakan sehingga Selasa manakala Melbourne dilaporkan mencatatkan sifar kes jangkitan selama hampir seminggu setelah pelaksanaan sekatan lebih ketat selama tiga minggu pada bulan lalu. - Agensi

Iklan