SEORANG atlet mendayung kontinjen Serbia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 disahkan positif Covid-19, kurang tiga minggu sebelum temasya terbesar dunia tersebut berlangsung, kata seorang pegawai bandar tuan rumah pada Ahad.
Anggota skuad mendayung lima orang itu didapati dijangkiti virus itu setelah menjalani ujian di lapangan terbang Haneda Tokyo ketika tiba pada Sabtu, menurut seorang pegawai Nanto, sebuah bandar di Jepun, di mana pasukan itu merancang untuk berlatih menjelang Tokyo 2020.